Surabaya - Mount Arjuna & Mt Bromo



Bismillahhirahmanirrahim.

Terima kasih Abg Zaki sebab ajak saya utk join trip ni. Unexpected sbb trip ni adalah 3 hari lepas saye menunaikan umrah. Risau juga akan keadaan fizikla sbb x sempat nak training (training solat je mase menunaikan umrah)..Tapi nafsu utk explore saye x boleh resist. Risau jugak sbb ini adalah gunung international saya dan tak tahu bagaimana keadaan dan trekking gunung indonesia. Nggak Bisa dipikirin dong. Ini memang redah trip.

Ringkasan trip: 
TRIP  : 5 hari 5 malam (bagi yang gerak dari KL)
Flight :Pergi 23 April 2014 22:25(LCCT KL)-00:05 (Juanda, Surabaya)
           Balik : 28 April 2014 18:25(Juanda, Surabaya)-22:00(LCCT, KL)

 3 hari 2 malam- Hari pertama hinnga ketiga - Mendaki Gunung Arjuna
                        Hari keempat- Merayau sekitar Malang
                        Hari Kelima- Gunung Bromo dan kawasan sekitarnya.

15 peserta : PDRM Terengganu, Underlake Terengganu, FAST(Ex Klkm UUM)
Tabik buat Pengurus & Pengarah projek : Tuan Khairul & Nazirul
Juga peserta lain yang tegar :
Sang Arjuna >Abg husin, Abg Haizal, Abg Zaki, Che We, Nashriq, Shah, Najrudin, Abg Nik, Che Mat & Bunga mekar>Kak Min, Kak  Yati, Ida & Razi..



My first ankle-hiking shoes. Hi-tech. Last minute cari kat Sogo. Nasib baik tgh sale. Grab je lah.

Jam 3 pagi kami tiba di homestay. Rehatkan badan untuk tidur lena sebelum hiking. Homestay ni kecil sahaja. Mmg padat lah satu rumah dgn semua peserta. Nasib peserta perempuan hanya 4 orang, jadi kami dapat tidur dalam bilik. 

Angkat beg. Kami start hiking dri homestay dalam pukul 8 pagi.

First day, start trekking lps tu nampak bunga matahari sebelah trekking kami. perghh terkedu. Mmg layan view sambil trekking. Selfie with sunflower is a must!

Selfie gopro. Jai selamber amek pole hiking jadikan stick gopro. 

Sampai di tempat istirehat. Kami rest sebentar utk makan.

View mkn lunch berlatarkan INI! 

Hi hi my love. Beli beg hiking ni kat vietnam. Original okayy (kne pandai cari kat Bent-than Market).
Paling best kalau ade peserta lain bwk DSLR. Tumpang jd model lah. haha. 


Ada peserta membeli durian. Merasa laa durian Indonesia nih.  


Dah sampai checkpoint. Setting khemah and solat. waktu ni dah sejuk. Nampak tak kabus kat belakang tuh? Malam pula masak2 sendiri. Cuaca pula hujan malam tu dengan lebatnya. Menggigil kami tidur.



Keesokan harinya, kami bangun pukul 2pagi utk bersiap trekking. Harini target sampai puncak. Barang2 ditinggalkan di camp site dan kami shoot bawa diri sahaja. Jam 2.35 pagi waktu jawa timur, kami sudah bangun dan bersiap dengan baju trekking. Sarapan mee segera sedap perasa sup. 


Jam 3.30 kami telah mula trekking. Cadangan nak tengok matahari terbit di puncak. Tapi di jalanan juga nampaknya



Belakang tuh pun gunung berapi. Tak ingat pulak nama gunung nya.

Trek gunung indonesia mmg lain dgn trek malaysia. dalam hati bile laaa nak sampai puncak.

Mini ladang lavender!!! beautiful.






panaroma!

SubhanAllah. Mmg cantik view die. pokok2 dan lalang2 yang tinggi.


yes. Itu kami yg tgh menggunung. Mental kene kuat. 


Sambil trekking, kami bertemu dengan beberapa pekerja yang membawa turun rumput dan juga arang kayu.Gigihnya mereka berusaha mencari rezeki jauh nun di atas sana.


Sebelum sampai puncak, kami ternampak kubu kubur ni. kata guide, kubu ni adalah tanda peringatan si mati yg telah mati ketika mendaki gunung Arjuna. Perghhh gerun! 

Alhamdulillah sampai puncak! FINALLY! Group photo itu wajib. Tahniah semua!!


Di puncak ada bterpacak bendera indonesia. Nice shot!


Dah turun gunung pun trek masih cantik. 

Group photo that said we conquer it!!

Cerita Tragedi Turun Gunung
Kami turun dari puncak pada pukul 10 pagi. Sampai camp site semua solat dan packing beg. Harini juga kami kene sampai homestay. Jam 2 ptg teruskan perjalanan turun. Hujan menemani sepanjang perjalanan. Dari rintik, menjadi lebat dan selebat-lebatnya.Kabus di sepanjang perjalanan. Trek licin dan lutut mula terasa sakit. Kejang, sejuk dan lenguh. Perut pun lapar. Kumpulan kami dah terpecah jauh kepada tiga kumpulan.

Aku sendiri dah terpisah dalam kumpulan kedua yang juga ada Kak Min, Kak Yati, Abg Jai,Tuan Khairul dan guide Ismit.Bayangkan trek yang kami naik untuk tempoh 2 hari perlu turun dalam masa sehari. Berjalan di dalam kegelapan malam. Kami sampai di kem site Padusan pun dah senja.Dari situ kena tempoh lagi 3 jam perjalanan dalam keadaan yang sangat lapar. Makanan kering-kering pun dah kehabisan. Kami berhenti sebentar kononnya nak masak meggi. Air kurang, gas pula habis. Simpan balik gas, makan sahaja meggi mentah sebagai lapik perut.

Bunga matahari temani perjalanan menunjukkan kami dah hampir ke tempat yang ada kebun.Tapi masih jauh dengan penempatan manusia. Aku dah terpisah dgn grup kak razi. Kaki dah melecet pakai kasut baru. Hujan dan trek batu menyebabkan segalanya sukar. Dalam hati cepatlah habis ekspidisi ini. Aku lajukan langkah kaki ini. Sampai tergabung dgn grup 1 yang leading. Mereka rehat sebentar kerana jarak antara 3 grup dah sgt jauh. Tetapi, setelah berfikir pjg lebih baik grup pertama meneruskan perjalanan supaya di homestay bolehlah prepare makanan yang patut. Aku, Shah, Tuan Khairu dan Abg Nik. Akhirnya dalam pukul 8malam kami tiba di homestay. kaki melecet dgn teruk. Buat air teh dan makan kuih sambil menunggu grup yg lain. Sambil2 itu kami gilir2 mandi.Pada pukul 11 malam team kedua baru sampai homestay. Bayangkan keadaan kumpulan belakang yang lagi merisaukan keadaan mereka yang sejuk,lapar dan penat. Aku yakin, hanya iman , kesabaran dan semangat penguat perjalanan mereka.Tunggu mereka sampai pun hingga aku tertidur dan terjaga barulah mereka sampai jam 2 pagi. 

Aku bangun jam 2 pagi kumpulan last baru sampai. Kesian tengok mereka. Tapi dalam hati syukur alhamdulillah. Kesian Abg Zaki, Abg Usin, Nazirul & Nashriq yang terpaksa memapah Che We yang tak mampu nak jalan sejak dari Kem site Padusan. Kesejukan dikaki yang menuju ke bahagian jantung.Mujur ahli yang dah sampai ni dah pesan beli nasi ayam penyet.

Tak sangka cabaran sungguh trip ni. Hanya yang menghadapinya sahaja tahu.Tobat kata orang. Tapi gambar memang puas hati.Perjalanan ke Bromo ditukar ke hari kelima memandangkan tak sempat menuju ke Homestay berdekatan gunung Bromo. Sementara aktiviti hari kelima ditukar ke hari keempat. Cukup trekking kami 24 jam. Kami terus bertolak ke homestay Kampung Kupu-kupu Klakar pada hari itu juga. Semua tidur mati dalam bas dek kepenatan.




Dah habis trek gunung, Esoknya wajib makan Bakso di Presiden Bakso. Sedapppppp!

Panjakan Bromo, Pasir Berbisik, Gunung Tullitubbies, Gunung Bromo, Air Terjun Pelangi, Ladang Epal

















Bakso Presiden. Sgt femes di Malang. Dalam kedai no byk gmbr artis yg makan disini ditampal di dinding. Ni berebut Bakso bakar. Sedap giler.





“Life is either a daring adventure or nothing.” – Helen Keller

Comments

Popular Posts