Panduan Atasi Zina
Selagi
dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi.
Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu,
namun jangan pula rindu berlebihan.
Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati.
Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan
terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini.
Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu.
Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan
terjadi. Antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan
ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan
renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis."
Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran Al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud:
"Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya
kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami
yang terpilih." (Surah Yusuf, ayat ke-24)
Berikut adalah beberapa tips yang ingin dikongsikan bersama :
Ikhlas kepada Allah.
Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna
selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada
Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada
penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati.
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan:
"Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah
kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal
lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia
tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas
memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.
Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah.
Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita
berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan
Allah amat dekat mendengarkan rayuan.
Mengurus mata dan pandangan.
Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api
rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati
terusik dan jatuh.
Ibnu Qayyim menyatakan:
"Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati
dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang
terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri,
tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan
berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut
benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya."
Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik.
Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang
yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan
orang dicintai dan diidamkan.
*sekadar berkongsi ilmu... :)
~xoxo idada~
Comments
Post a Comment